PROFIL SEKOLAH
1. ETOS SEKOLAH
- Kurikulum - Sains dan Matematik
- Sukan - Memanah
- Sahsiah - Salam Saujana
- Seni - Caklempong
2. LOGO SEKOLAH
Keterangan Berkenaan Lencana Sekolah
Lambang dan Motto sekolah telah direkacipta menggambarkan segala aspek bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan berwawasan dalam semua bidang sama ada akademik, kokurikulum dan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Warna Biru : Melambangkan perpaduan sejagat dikalangan guru dan murid.
- Warna Kuning : Melambangkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Negara dan pemerintah.
- Warna Merah : Melambangkan keberanian dan keyakinan dalam menghadapi sebarang cabaran.
- Warna Hijau : Melambangkan pembangunan akhlak yang murni dan keluhuran rohani.
- Buku dan Pena : Melambangkan kecemerlangan akademik yang menjadi teras dan prinsip sekolah.
- Komputer : Melambangkan era teknologi maaklumat yang canggih dan mampan.
- Simbol Atom : Melambangkan era sains dan teknologi yang perlu diterokai.
- Tiga Jalur Menaik : Melambangkan segala usaha dan kejayaan akan terus meningkat.
- Lima Bulatan Bercantum : Melambangkan perpaduan melalui sukan.
- 1997 : Tahun sekolah ditubuhkan.