Sejarah Sekolah


Sejarah Sekolah

    Sekolah Kebangsaan Saujana Impian telah siap dibina dan diserahkan secara rasmi oleh pihak kontraktor kepada pihak pentadbir sekolah pada 24 Mei 1997. Sekolah ini terletak di atas tanah seluas 2.5857 Hektar (6.389 Ekar) di kawasan Projek Perumahan Saujana Impian dan mula beroperasi pada 9 Jun 1997.

    Sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan tiga tingkat, sebuah makmal komputer, sebuah kantin dan kawasan berumput 2.3 hektar (3.2 ekar). Pada masa kini sebuah dewan terbuka telah dibina hasil sumbangan warga sekolah dan orang perseorangan. Infrastruktur merupakan bangunan sekolah mengikut rekabentuk yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke 6.

    Guru-guru Besar yang mentadbir sekolah ini ialah

    1) Pn. Hjh Hayati bt. Hj. Nordin

    2) Pn. Nurul Badar bt Mohd Salleh

    3) Pn. Hjh Sariah binti Ahmad

    4) Pn. Hjh Roslina binti Hj. Hashim - 2004 hingga 2016.

    5) Pn. Khatijah binti Yusof- 2016 hingga kini.

 

.